Sunday, 12 June 2011

CINTA sejati tidak akn dtg bergolek....

Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek...


Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaituawak perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceraian berlaku keranatiada persefahaman! Menarik bukan, fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.

Fakta yang awak perlu tahu...


Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...

  • Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
  • Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
  • Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
  • Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
  • Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
  • Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
  • Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
  • Minda awak adalah aset yang terbaik.

Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahui kenapa dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah awak! Letakkan diri awak di atas kerusi pemandu, cari putera idaman awak dan berbahagialah...



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nota kaki anda disini..GRACIAS..